Cinta Allah,cinta Rasul




Jom kita amalkan...
Wednesday, 12 June 2013 • 21:08 • 0 comments
Assalamualaikum...
Semoga semua insan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT..
Kali ini saya ingin mengajak rakan-rakan bersama saya membaca , meneliti , menghayati dan cuba untuk mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Kita akan mulakan dengan surah Al-Fatihah . Memahami maksud surah Al-Fatihah amat penting kerana ia adalah bacaan rukun di dalam solat. Kita mesti membaca surah Al-Fatihah dengan tartil serta memahami maksudnya.
      Cuba bayangkan jika kita bercakap dengan seseorang secara pantas , laju , dan paling malang kita sendiri tidak faham apa yang kita sebutkan... Bagaimana perspektif orang yang mendengar itu terhadap kita?
      Solat adalah waktu kita berbicara dengan Allah SWT. Dari sudut bahasa , solat bererti "doa". Kita sedia maklum doa itu adalah permohonan dan permintaan.
Adakah kita meminta sesuatu yang kita tidak mahu?
Adakah wajar kita memohon dengan pengucapan yang laju dan kita tidak faham?
Adakah salah jika permohonan seperti itu di "reject"?
Adakah wajar kita mempertikaikan mengapa permohonan kita ditolak?
      Mari kita mulakan dengan maksud surah Al-Fatihah:
1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan (Hari Akhirat)
5. Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau sahajalah kami mohon pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau  murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.


Kenapa Harus Bosan..
Monday, 10 June 2013 • 18:06 • 0 comments


Semoga semua insan hidup dalam kesejahteraan. Sering terbaca dalam facebook rakan-rakan yang menulis tentang kebosanan yang melanda diri. Mengapa harus merasa bosan...dan kenapa kita merasa bosan? Kita akan merasa bosan apabila hidup kita kosong.. atau perkara yang kita lakukan bukan atas kehendak kita..? Rela dalam terpaksa..      Allah SWT menganugerahkan kita akal fikiran. Untuk apa penganugerahan itu jika kita tidak menggunakannya? Allah SWT yang Maha Mengetahui, dan kita adalah makhluk ciptaanNya. Pencipta pasti mengetahui apa keperluan ciptaanya. Lantas Allah SWT mengurniakan kita akal fikiran agar kita boleh berfikir dan memilih bentuk dan corak kehidupan yang ingin kita lalui. Jika kita pandai mecorakkan kehidupan kita, ia pasti menjadi indah dan berwarna-warni. Jika tidak, ia akan menjadi suram dan kosong.. yang membawa kepada kebosanan. Ingatlah firman Allah SWT di dalam surah Ar- Ra'd ayat 11 (Q 13:11)


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."

Jadi... fikir-fikirkan lah...

  



• 05:56 • 0 comments

Assalamualaikum!!!!


This owner ♥
Thank for coming


Welcome



Chating here ♥
Leave your footprint here

Put your cbox

Awesome people ♥
Thank for following me

Put your Followers widget
Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Hadijah

Remember!!dont remove this section!!